Saturday, 10 February 2018

7 Idea Aktiviti Homeschooling Bila Anak-anak Mula Bosan

Siapa yang buat homeschooling? Tak kiralah separuh masa atau sepenuh masa. Pernah tak anak-anak alami hari bosan sedunia? Bosan ni bukan sebab apa pun. Kadang-kadang idea yang sama duk ulang berkali-kali.

Mama Q nak kongsi idea apa nak buat bila jadi macam ni. Kalau sesiapa nak tambah, jom kongsi idea sama jom:
  1. Bangkitkan mood ceria dengan menghias atau mengubah kedudukan perabot di ruang aktiviti anak.

    Jangankan anak, kita sendiri bosan bila hari-hari tengok suasana yang sama je. Katakan bulan ni rak buku kat ruang tengah, bulan depan kita alih kat belah tepi pulak. Kalau rasa susah nak alih perabot, kita susun dan tambah je hiasan sikit kat ruang aktiviti homeschooling tu.




  2. Menonton dokumentari bersama.

    Tak ada tv dengan pakej astro kat rumah, bukan alasan ye. Boleh tonton dari YouTube. Lagi seronok sebab kita boleh cari tajuk apa yang kita suka.

  3. Main bersama permainan yang sesuai untuk seisi keluarga.

    Contohnya karom, catur, sahiba yang dah lama terperap kat almari tu meh bawak keluar kita main sama-sama dengan anak. Kalau tak ada, main je permainan tradisional yang mudah nak buat macam batu seremban, serak lidi semua tu. Kalau tak ada jugak main je guna tangan macam osom, mak-mak pergi pasar.

  4. Mencuba resipi baru dalam masakan.

    Kalau boleh cubalah belajar masakan baru yang tak pernah atau dah lama kita tak masak. Tapi tak salah juga kalau nak ajar anak belajar masakan paling mudah.  Tak kiralah masak lauk ke atau kuih muih janji masak. tak semestinya anak lelaki tak boleh ke dapur. Eh lagi seronok kalau bapa pun join sekali masuk dapur lagi meriah dan semangat.


  5. Wujudkan hari atau minggu khas dengan satu tema.

    Contohnya "Minggu Pertukangan". Kalau sehari tak cukup, buat seminggu. Maknanya dalam seminggu tu cari dan buat segala yang berkaitan dengan pertukangan je. Senang cara ni sebab hanya fokus pada satu tema.



  6. Beri satu tajuk dan beri kebebasan untuk anak memilih cara mempamer atau membentangkan tugasan.

    Biarkan anak bebas memilih tajuk tu dan mempersembahkannya mengikut citarasa dan keselesaan mereka. Mungkin dalam bentuk lukisan, eksperimen, kraf, buku skrap atau  membuat poster.



  7. Tukar lokasi atau suasana pembelajaran.

    Kalau kata dah jemu buat aktiviti kat rumah sendiri, apa kata sesekali kita p check in kat homestay atau resort yang suasananya aman dan tak sama macam suasana kat rumah kita sekarang. Tapi kalau nak jimat, boleh juga kalau tak perlu keluar jauh. Pasang khemah dan "camping" depan rumah pun bagus. Kita boleh je buat aktiviti yang sama kita biasa buat kat rumah macam eksperimen ke, membaca ke melukis ke semua tu :) .

    Masa ni check in di Bustel Melaka
Berkhemah depan rumah






Sunday, 4 February 2018

Kisah Mama Q Menerbit Buku Sendiri (Bahagian 2)

Lama pulak sambungan Kisah Mama Q Menerbit Buku Sendiri (Bahagian 1) ni kan?

Macam Mama Q cerita sebelum ni, antara yang menguatkan untuk buat buku ni sebab nak masukkan dalam silibus pembelajaran homeschool anak-anak la. Camne pulak tu? Kena baca sampai habis nanti Mama Q selitkan cerita ni.

Siapa yang tak tau tentang "homeschool" yang Mama Q jalankan dengan anak-anak boleh baca kat Perkongsian Pengalaman Homeschool Mama Q (Bersekolah di Rumah). Sejujurnya menerbit buku sendiri ni kita dapat belajar lebih ilmu penerbitan berbanding guna penerbit lain. Tau-tau buku dah siap cetak dan promosi pun mereka bantu.

Cuma kalau terbit sendiri, peluang nak tersebar luas tu agak tipis dan lambat.

Penerbitan Buku kedua (Kembara Kraftivi)

Baru je terbit buku pertama (Seronok Belajar di Rumah) bulan Mac 2017, bulan Ogos 2017 terbit pulak buku yang kedua ni yang diberi nama Kembara Kraftiviti.



Nampak tak kat cover depan tu tertera 2 nama penulis? Kalau ikutkan memang hampir 99% Mama Q yang buat dan tulis buku ni dan Teacher Julia (TJ) ni boleh dikatakan sebagai penulis jemputan kot. Tapi kenapa sampai jadi penulis bersama?



Lama tahan nak cerita pasal penulis kedua ni. Bila ada pembeli buku tertanya-tanya siapa penulisnya? Kenapa tak pernah aktif pun di fb sekarang?  Sebelum ramai yang curiga kemunculan penulis kedua ni Mama Q buat keputusan hari ni nak cerita jugak sikit.

TJ ni kawan baik Mama Q masa sekolah menengah dulu.

Bayangkan bertahun lamanya tak jumpa sejak beliau ke Melbourn dalam 10 tahun gak la. Bila jumpa je bulan 5 tahun lepas, Mama Q dapat tau yang TJ sakit yang kita pun tak sanggup nak dengar. Jadi bermulalah perasaan ingin membantu membangkitkan semangat beliau yang semakin pudar tu.

Masa tu ada buat program mini Malaysia Genius Kids Challenge (MGKC) sempena cuti sekolah yang Mama Q bagi nama Kraftiviti Ramadan. Mama Q jemput TJ sebagai penganjur bersama dan juga sebagai juri. Kalau ada yang join masa tu memang dapat rasa perbezaan cara pemilihan pemenang. TJ seorang yang seni dan sensitif berbanding dengan Mama Q yang sangat berbeza penilaian antara kami. Tapi Mama Q tetap beri kepercayaan kepada TJ dalam menilai dan memilih pemenang. Sampai ada pemenang yang kecik hati dengan keputusan tu.



Ok meh sambung. Jadi masa perbincangan nak bagi hadiah, Mama Q cadang beri softcopy pelan pembelajaran yang TJ buat untuk "Playschool" beliau tu. Masa tu memang dia jual rm10 harga pelan pembelajaran tu untuk taska-taska. Tapi entah macam mana Mama Q terus ajak TJ buat buku terus dengan harapan nak bagi TJ kembali bangkit menyengat. Asalnya nak pakai pelan TJ buat tu tapi bila Mama Q dah mula menulis semuanya Mama Q buat sendiri dan hanya ambil 1 aktiviti dari pelan pembelajaran tu. Kiranya idea pelan aktiviti tu adalah dari idea TJ membuat pelan pembelajaran. Tapi Mama Q tukar jadi Cadangan Pelan Aktiviti Kanak-kanak.

Contoh Cadangan Pelan Aktiviti Kanak-Kanak
Dah tu TJ tulis yang mana? 

Haaaa... TJ ni memang berbakat menulis tau. Mama Q suka baca penulisan beliau. Sangat mendalam dan puitis. Ada yang tertera nama Teacher Julia tu semua dialah yang tulis drafnya dan Mama Q edit dan betulkan ayat sikit-sikit . Lebih kepada menulis dari hati dan melalui pengalaman TJ dalam bidang "early learning childhood" sepanjang beliau menetap di Melbourn dan juga sebagai pengusaha playschool selama 8 tahun. Bukan mudah menulis dari hati dengan ayat yang mendayu macam tu.

Kesimpulannya kenapa Mama Q jemput TJ sebagai penulis bersama dalam buku Kembara Kraftiviti ni adalah kerana tanda PERSAHABATAN. Sobs 😭😢. Kepada yang membaca artikel ni Mama Q mohon marilah kita doakan semoga TJ diberi kesembuhan.

Penerbitan Buku Ketiga (Bonding Time Bersama Si Cilik)

Lain pulak kisah buku yang ni. Ini sebenarnya sebab rasa tak sedap hati bila buku pertama Seronok Belajar di Rumah tu Mama Q jual dengan harga rm25 dan akan dapat softcopy Islamic Activity Packet sekali. Tapi bila mengenangkan ramai yang susah nak dapatkan sofcopy tu Mama Q nak bagi dalam bentuk hardcopy ler. Jadi buku ni akan jadi set lengkap la (buku SBDR + buku BTBSC).

Buku Set Seronok Belajar di Rumah (RM25)

Tapi bila belek semula softcopy yang Mama Q buat dalam masa yang singkat tu rasa tak puas hati pulak nak cetak. Jadi terhasillah buku ketiga ni dengan kerjasama anak-anak.



Asalnya banyak hasil kerja anak-anak kononnya nak buat buku aktiviti untuk kanak-kanak macam mewarna semua tu kan. Tapi selepas dah pertimbangkan banyak perkara akhirnya Mama Q tulis buku yang lebih kepada aktiviti ibu dan anak yang mudah dilakukan walaupun sibuk bekerja dan tangan tak seni 😁.

Kali ni objektifnya projek menerbit buku sendiri bersama anak-anak. Memang dari penerbitan buku pertama lagi anak-anak ikut sama sepanjang proses penerbitan buku-buku tu tapi kali ni terlibat dari awal la. Kira asas menerbit buku sendiri anak-anak dah faham sikit-sikit.

Perkara pertama kena buat, kena bagi kepercayaan kepada anak untuk pamerkan hasil kerja. Walaupun tak banyak, tapi ini permulaan. Cover depan tu kakak yang design. Isi kandungan pulak semua anak-anak terlibat buat sama. Sebab tu macam tak teratur sangat kan? 😁



Lepas siap tulis dan design, Mama Q buat permohonan International Standard Book Number (ISBN)  pulak macam kat belakang buku tu. Kalau tak mohon tak apa cuma buku kita tu tak adalah dalam senarai penerbitan kat Malaysia ni dan kalau mohon memang tak rugi sebab banyak faedahnya.

Faedah-faedah ISBN (sumber PNM):
  • Memajukan dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Mengiklankan penerbit-penerbit Malaysia dalam "Publishers International ISBN Directory (PIID)"
  • Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Sebagai butiran penting di dalam deskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit. 
  • Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang diterbitkan dan memperketat lagi hak milik buku bagi penerbit.
Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP) untuk buku ni je Mama Q tak apply sebab dah mula rasa malas dan macam tak perlu pun. Tapi macam dalam plan untuk cetakan selepas ni macam nak gabung buku SBDR dengan buku Bonding Time Bersama Si Cilik ni jadi satu je. Apa pulak PDP ni? Kalau mohon PDP, data buku kita akan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data PNM dan boleh diakses melalui laman web OPAC PNM.

Proses kelulusan nak dapatkan ISBN ni sehari je dan PDP 3 hari. Tak perlu bayar, percuma je. Borang boleh download je dari website PNM dan sebelum tu pastikan dah daftar syarikat penerbitan dulu kat SSM untuk penerbit baru.

Mama Q bawak anak-anak pergi deal harga dan bincang layout semua kat syarikat percetakan di Seri Kembangan. Sambil melawat kilang cetak buku. Kat sinilah diorang tengok kertas sepanjang-panjangnya. Walaupun nampak macam tak faham, tapi mamanya la duk terangkan semula pemilihan kertas, binding, cover (perbezaan lamination).

Cetak buku biasanya makan masa seminggu selepas persetujuan akhir tentang layout. Bila buku dah siap cetak, kena hantar 5 buah buku ke Perpustakaan Negara Malaysia dalam masa 30 hari. Kalau tak hantar nanti kena denda pulak. Apa lagi sukalah kanak2 ribena ni bila dengar p library. Hantar buku ni kat kaunter serahan.

November 2017

Februari 2017
Tahun ni pulak secara rasminya dah tak guna pembantu lagi untuk jual buku tapi serah kat agent-agent untuk jual buku tapi kalau ada yang beli terus dari Mama Q anak-anak pulak bantu uruskan tempahan dengan menggunakan easy parcel. Oh yeah senang betul segalanya di hujung jari dan tunggu je kurier amik kat rumah. Alhamdulillah.


Kiranya inilah yang Mama Q kata menerbit buku masuk dalam silibus anak-anak. Tahun 2017 terbit 3 buah buku dan sepanjang itulah pembelajaran anak-anak tentang asas penerbitan buku.

Kini Alhamdulillah dah ramai agen yang membantu buat jualan semua buku-buku tu.

1. Singapura
Pn. Zakiah Muhd
FB: Sarah Bal-kiss
Ig: sarah_balkiss
http://www.wasap.my/6590614314/
2. Putrajaya
Pn. Dianna Razali
FB: Dianna Razali
http://www.wasap.my/60173138181
3. Seri Kembangan
Pn. Hidayah
FB: Hijab B Enam Puluh
Ig : hbsixtyonlinestation
http://www.wasap.my/60172535635
4. Shah Alam
Pn. Eina Tholhah
FB: Eina Tholhah
http://www.wasap.my/60124506731
5. Pahang (Mentakab/Raub)
Pn. Norshaila Yusof
FB: Norshaila Yusof
http://www.wasap.my/60133562795
6. Gelang Patah, Johor
Pn. Rohani Misrin
FB: Rohani Misrin
http://www.wasap.my/60137533270
7. Melaka
Pn. Hasnizom
FB: Hasnizom N Muzaffar
http://www.wasap.my/60196753187
8. Bangi
Pn. Nurul Nadiah Ahmad
FB: Nadiah Ahmad
http://www.wasap.my/60123141422
9. Gombak
Pn. Azizah Binti Mohd Zan
FB: Azizah Binti Mohd Zan
http://www.wasap.my/60132223057
10. Kuantan
Pn. Rosmaria Mokhtar
FB: Rosmaria Mokhtar
http://www.wasap.my/60139710365
11. Senawang Negeri Sembilan
Pn. Nurul Balqis Binti Md Zin
FB: Nurulbalqis Binti Md Zin
http://www.wasap.my/601120982336/

Tips sebelum mencetak buku sendiri
  1. Pemilihan saiz buku paling penting sebelum mula menaip dan design buku samada nak saiz booklet 6"x6" macam saiz buku Seronok Belajar di Rumah (biasanya photobook), A4 (buku Kembara Kraftiviti) atau A5 macam buku Bonding Time Bersama Si Cilik. Sebab nanti kita dah boleh set siap-siap saiz tulisan dan design sebenar buku bila cetak nanti.
      
  2. Ketahui apa jenis buku yang korang nak tulis sebelum memilih jenis kertas. Kalau jenis banyak tulisan, contoh macam buku Adlil Rajiah tu, pilih kertas simili dan terpulang nak pilih berwarna atau tak. Ada syarikat percetakan yang kira harga lain kalau berwarna dan tanpa warna. Macam buku Mama Q banyak gambar dan Mama Q pilih art paper dengan ketebalan 128gsm yang sememangnya nampak glossy dan gambar pun lebih jelas. Macam Mama Q cakap tadi la ikut kesesuaian penulisan dan penyampaian. Art paper lebih mahal berbanding simili paper.
  3. Kulit depan dan belakang buku tu ada beberapa pilihan yang biasa sama ada nak laminate atau tak ada laminate tapi dicadangkan pilih cover dengan lamination la supaya kulit buku lebih bagus dan cantik. Biasanya kalau cover memang akan guna kertas lebih keras sama ada mahukan hardcover atau softcover. Softcover pulak ada beberapa jenis ketebalan dengan lamination.

    Buku Seronok Belajar di Rumah dan Kembara Kraftiviti menggunakan art card dengan ketebalan 260gsm dan gloss lamination. Kiranya kulit buku akan lebih berkilat dan cantik la. untuk buku Bonding time Bersama Si Cilik Mama Q guna art card yang lebih tebal tapi tanpa lamination. Mungkin kalau ada rezeki untuk cetakan seterusnya nak tukar yang lebih nipis tapi dengan lamination la. Kalau tak ada lamination kulit buku lebih sensitif dengan air atau mereka yang mempunyai tapak tangan lembab.
  4. Bilangan muka surat. Kalau rasa-rasa nak gunakan staple binding, jumlah muka surat paling maksima adalah 64 muka surat tak termasuk kulit buku. tapi kalau nak pilih perfect binding, tulislah tebal mana tak kisah asal tak lari bajet (duit la). Kalau buku nipis tapi nak buat perfect binding, macam tak berapa best sebab buku tak dapat bukak luas. Sebab tu buku Mama Q yang kecik tu guna staple binding.
  5. Untuk dapatkan harga cetakan yang murah, buku mestilah dicetak lebih sekurang-kurangnya 1000 unit. Kalau cetak sikit memang harga cetak buku berganda mahal, silap-silap lebih mahal dari harga buku biasa jual kat kedai. Ibarat macam sedekah je la jual amal jariah atau terpaksa jual mahal sikit untuk dapatkan pulangan modal korang. Itulah nasib penerbit kecil yang kekurangan modal. Kalau modal ciput, untuk permulaan korang boleh buat survey pre order dulu dan bagi harga istimewa untuk yang bayar pre-order. Lepas tu campur dengan modal sendiri yang ada mungkin boleh membantu korang cetak lebih sambil-sambil buat kajian berapa ramai yang berminat. Mama Q buat untuk buku SBDR dulu camni. Tapi buku kedua dan seterusnya takde dah pre order sebab dah ada keyakinan dan modal pun yakin je nak keluar.

    Mama Q jual buku kalau ikutkan memang tersangat murah sebab kos cetak tu bukanlah murah sangat dan kena naikkan harga sebab nak agih keuntungan kepada agen-agen lagi. Kalau fikir diri sendiri jual murah lagi, maka berniagalah Mama Q sorang-sorang dan tak tercapai misi untuk sebarkan buku ni serata dunia haha. Eh untuk negara yang faham Bahasa Melayu la. Kat Indonesia memang ada permintaan tapi kos tersangatlah mahal. Siapa ada idea boleh pos murah ke sana ye? Macam pos dari China ke Malaysia kat shopee tu kan? Murah je. InsyaAllah memang hajat nak ke sana jumpa kawan-kawan dan pasarkan sendiri di sana. Tapi perancangannya lagi 2 tahun..erk.
Sekian dulu..kalau ada yang tertinggal Mama Q update nanti.

Perkongsian Pengalaman Homeschool Mama Q (Bersekolah di Rumah)


Lama sangat artikel ni diperam tau. Bertahun dah! edit lepas tu save as draft je sampailah tahun ni (2018) terdetik nak edit dan teruskan bercerita tentang homeschool yang Mama Q jalankan selama hampir 6 tahun ni. kalau yang belum tahu lagi, anak-anak Mama Q tahun ni baru nak masuk umur 6, 8 dan 9 tahun. Semuanya bersekolah di rumah sepenuh masa atau "homeschool". Siapa yang tak tau tentang "homeschool" meh Mama Q kongsi sikit.



Homeschool di Malaysia

Beberapa tahun kebelakangan ni ramai keluarga di Malaysia sebenarnya yang buat homeschooling yang terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:

Kategori 1: Homeschool separuh masa 

Kategori ni paling ramai. Walaupun anak bersekolah seperti biasa, tetapi ibu bapa masih membuat aktiviti tambahan seperti menyediakan bahan bantu mengajar perkara asas seperti membaca, menulis dan mengira, seni & kraf, kemahiran hidup, aktiviti sosial dan memberi aktiviti tambahan secara teratur untuk anak berasa seronok untuk belajar di rumah.



Kategori 2: Homeschool sepenuh masa sehingga anak berumur 6 tahun.

Ini bermakna anak tidak dihantar ke sekolah tadika tetapi hanya belajar di rumah. Ibu bapa yang mengajar anak semua silibus pra-sekolah iaitu sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah nanti. Ini bermakna anak biasanya akan diajar asas membaca, menulis dan mengira dan beberapa silibus tambahan (selain mata pelajaran di sekolah) disamping banyak membuat pelbagai aktiviti menarik



Kategori 3: Homeschool sepenuh masa sehingga anak ke peringkat pengajian tinggi atau terus tumpu kepada kerjaya/perniagaan sendiri. 

Di sini akan ada banyak pecahan cabang lagi. Ada ibu bapa sendiri yang mengajar sepenuhnya dan hanya menghantar kelas-kelas tertentu sahaja seperti mental arithmetic, teater, seni kraf, muzik, berenang dan sebagainya. Ada ibu bapa yang menggunakan khidmat tutor persendirian iaitu tutor datang ke rumah untuk mengajar dan tidak kurang juga ada yang membuka pusat pembelajaran homeschool.

Art class

Pelbagai alasan untuk memilih Homeschool. Bukan kerana menolak sistem pembelajaran di Malaysia, tetapi lebih kepada memberi pendedahan pembelajaran alternatif berdasarkan banyak faktor. Antaranya ada anak yang mempunyai masalah pembelajaran, ibu bapa ingin mencorak sendiri sistem pembelajaran mengikut minat dan bakat anak seawal usia, ada anak-anak normal tetapi mudah menjadi mangsa buli dan beberapa faktor lain. Mangsa buli??? eh memang ada ye..jangan kata anak tak pandai bergaul ke apa. Memang ada jenis kanak-kanak yang mudah menjadi mangsa buli salah satu sebab fizikal kanak-kanak tersebut. Anak-anak sebegini perlu perhatian lebih dari ibu bapa untuk membina keyakinan



Sebelum ni Mama Q tidak pernah ulas Homeschool secara sepenuh masa ni kerana isunya panjang dan agak sensitif untuk dikupas. Tapi hari ini Mama Q bersedia untuk kongsikannya kat bawah ni:.

Homeschool/Bersekolah di rumah (sepenuh masa dan silibus sendiri)

Homeschool atau bersekolah di rumah merupakan #pembelajaranalternatif yang fleksibel dan tidak formal seperti kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia (Sri Aria School terkecuali, sekolah ni nampak berbeza tak percaya cuba google).

Sudah tentulah pembelajaran akan lebih menyeronokkan kerana:
  1. Anak-anak bebas belajar dan meneroka pelbagai ilmu tanpa terikat dengan silibus. Skip subjek yang tak dirasakan perlu dan fokus kepada subjek untuk amik exam. Ini kalau nak amik exam la contoh Mama Q target anak-anak akan amik SPM bila capai umur wajib 16 tahun. Jadi 2 atau 3 tahun sebelum tu fokus subjek dan belajar format kertas soalan je la nanti. Tak perlu risau Mama Q tak terer Fizik ke apa banyak center untuk calon persendirian ni.


  2. Nisbah pengajar dan pelajar 1:1. Walaupun Mama Q anak 3 orang tapi kan ke tetap tak ramai tu. Jadi memang senang nak tumpu sorang-sorang. Tak ada istilah malu bertanya dah.

  3. Tak perlu kejar masa untuk menghabiskan silibus. Sebagai CONTOH, biasanya kat sekolah, tak kira anak tu lambat ke tak boleh bawak ke..kalau dah masuk darjah 2 wajib ikut silibus darjah 2 walaupun tahap pemahaman anak tu masih di tahap tadika. Ini contoh. Jadi memang sesuai sangat untuk slow learner dan ada masalah pembelajaran. Tapi bukan bermaksud Homeschool ni untuk anak-anak ada masalah pembelajaran je tau.
  4. Tumpu kepada minat dan potensi anak. 
  5. Tak perlu pakai pakaian seragam. Anak bebas memilih pakaian kegemaran mengikut keselesaan dan kesesuaian aktiviti.
  6. Bebas mencorakkan sistem dan persekitaran belajar yang unik dan selesa mengikut citarasa anak.

  7. Sosial anak dapat dipantau. Ini tak bermakna nak bagi anak-anak kejutan budaya bila keluar kat mana-mana. Anak masih bersosial. Sebab tu hantar kelas-kelas tertentu dan selalu riadah di tempat awam. Tepuk dada tanya iman la. Macam Mama Q dan suami sendiri bersekolah tapi tetap pendiam dan takut-takut nak tegur orang. Mama Q berubah bila dah tingkatan 5 makin peramah jadinya tapi sampai sekarang memang suka orang lain memulakan dulu lepas tu memang tak berhenti bercakap dah.

    Kelas teater
Sejarah pemilihan nama "Seronok Belajar di Rumah"

Kalau nak tau sebab tu Mama Q memilih nama #SeronokBelajardiRumah sebagai ganti nama "homeschool". Masa awal nak jalankan homeschool ni banyak cabarannya terutama dengan orang keliling yang ingat kami saje tak hantar anak ke sekolah. Biasalah apa pun kalau orang tak biasa dengar tapi kita ni pulak baru nak berjinak-jinak memang kecut perut kalau orang tanya macam-macam soalan. Silap-silap terkubur je niat tu.  Kiranya penggunaan #SeronokBelajardiRumah ni nampak lebih umum dan tak janggal untuk semua.

Pemilihan Silibus Homeschool 

Secara umumnya ada 3 alternatif homeschooling untuk homeschool sepenuh masa ni iaitu

  1. Silibus sendiri (hanya ambil exam tertentu atau tanpa ambil sebarang exam)

    Anak-anak masih boleh menduduki peperiksaan seperti SPM tapi mahu skip UPSR dan PT3 sehingga ke peringkat seterusnyapada usia 16 tahun nanti pada tahun peperiksaan. Jadi mereka hanya tumpu kepada subjek yang mereka ingin ambil pada tahun sebelum peperiksaan bermula (mungkin 2 atau 3 tahun sebelum tu dah mula tumpu soalan exam). Kalau katakan anak-anak tidak menduduki sebarang peperiksaan, mereka akan diserap terus dalam bidang yang mereka ingin ceburi yang berasaskan perniagaan (InsyaAllah).
  2. Silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (amik exam UPSR, PT3 dan SPM)

    Ini baru update lepas p seminar perkongsian Homeschool oleh Pn. Ainizal baru-baru ni. Puan Ainizal ni merupakan pengamal Homeschool yang memilih silibus KPM.



    Kalau nak pilih cara ni, perlu membuat permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan Persekolahan Di Rumah (Home Schooling) dengan mengisi borang PPW1 yang boleh di dapati di SINI. Cuba rujuk carta alir kat bawah ni.

    Bagus juga kalau buat permohonan pengecualian ni sebab katakan tiba-tiba ibu bapa ada masalah untuk teruskan homeschool dan masa tu anak berumur 11 tahun, nanti boleh terus sambung masuk darjah 5 untuk teruskan persekolahan macam biasa dan amik UPSR dengan syarat simpan segala bukti yang korang memang mengikuti silibus KPM (cthnya buku-buku latihan, kertas soalan atau ujian).

  3. Silibus dari luar (cth: amik exam IGCSE)

    Kalau yang ni pulak untuk ibu bapa yang berhajat untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran/pengajian ke luar negara. 

Sah ke Homeschool kat Malaysia ni? 

Boleh rujuk Garis Panduan Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah dan Mama Q highlight point penting pada tajuk "Golongan Murid dan Murid Yang Boleh Dipertimbangkan" perkara ke 15 :



Homeschool bukanlah maksudnya bukak sekolah sendiri kat rumah lepas tu memandai bukak pendaftaran terbuka untuk sesiapa yang nak sekolah kat rumah kita ye.

Mama Q pernah dapat tuduhan dari seorang ibu ni awal tahun lepas tau. "Anak-anak puan ni tak sah sekolahnya mungkin pemikirannya lain dari anak-anak yang bersekolah". Eh eh...tak baik tuduh-tuduh kak oiiii...cubalah banyak membaca sebelum menuduh sampai kecik hati saya tau. Mama Q tak jawab pun sebab nanti lagi parah.  Tapi harapnya beliau akan tahu jugak suatu hari nanti tentang ni.

Apa kelulusan ibu bapa nak buat Homeschool ni? Memanglah setakat subjek sekolah rendah dikau boleh ajar tapi dah masuk subjek sekolah menengah macam mana pulak tu?

Soalan ni untuk ibu bapa yang nak ajar sendiri dan yang memilih untuk mengikuti silibus KPM atau silibus luar. Untuk homeschooler yang memilih silibus sendiri dan tak nak amik exam memang tak perlu fikir soalan ni. Kalau masa isi borang PPW1 tu memang akan minta sijil ibu bapa untuk kelayakkan mengajar. Tak silap sekurang-kurangnya mesti ada diploma dan setaraf. Tapi tak semestinya ibu bapa yang ada master sekali pun boleh mengajar subjek untuk sekolah menengah betul tak?

Zaman ini zaman serba canggih boleh rujuk internet, ibu bapa kena study lebih. Kalau masih tak mampu ajar subjek tertentu, boleh panggil private tutor atau hantar ke pusat tuisyen (terutama center untuk homeschooler).

Mahal la belanja homeschool ni kalau camtu?

Eh lebih kurang je kalau hantar sekolah pun kena bayar yuran macam-macam jugak. Tu tak termasuk pakaian seragam lengkap dan tuisyen tambahan lagi. Apa yang penting hanya kita tahu kenapa dan mengapa kita memilih sama ada hantar anak ke sekolah atau menjalankan homeschool sahaja. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka kan? Sebab tu kena buat research sebelum buat keputusan. Kalau tak yakin dan tak jelas nak jalankan homeschool, hantar je anak ke sekolah macam biasa. Tapi itu pun tak bermakna ibu bapa boleh serah sepenuhnya kepada pihak sekolah! Perlu amik tau jugak segala perkembangan terkini pembelajaran dan keperluan emosi anak kita.

Berikut Mama Q kongsi sedikit tip dan panduan untuk memulakan homeschool sepenuh masa mengikut pengalaman sendiri:

1. Misi Visi dan Objektif (MVO) yang jelas dan berpegang teguh dengan pendirian atau matlamat kenapa memilih homeschool.

Alasan perlu kukuh dan bukan sebab terikut-ikut dengan orang lain. Buat keputusan dan terus berjalan.

2. Sokongan keluarga terdekat adalah satu bonus.

Peranan keluarga terdekat sangat mempengaruhi keputusan dan emosi kita. Sebagai contoh suami atau isteri dan anak itu sendiri adalah paling utama. Sokongan tambahan dari kedua ibu bapa atau adik beradik juga mampu memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjalanan HS nanti.

3. Perlukan kerajinan dan semangat yang kental.

Kalau perjalanan anda ibarat "hangat-hangat tahi ayam" lebih baik lupakan hasrat untuk meneruskan homeschool. Buat kajian lebih mendalam dulu sebelum membuat keputusan ye.

4. Pemilihan kurikulum/silibus yang bersesuaian dengan matlamat HS.

Jangan mudah terpengaruh dengan pemilihan kurikulum atau cara orang lain menjalankan HS. Perlu jelas di sini bahawa setiap keluarga homeschool tidak mempunyai keperluan yang sama kerana ia akan merujuk matlamat/tujuan HS. Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa memilih pembelajaran alternatif ini untuk anak tersayang.

Bagi mereka yang memilih silibus KPM, silibus pra-sekolah mudah dirujuk dan didapatkan dari kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

5. Ibu bapa perlu ada inisiatif untuk belajar teknik mengajar. Berusaha mencari sumber dan kepelbagaian ilmu mengajar jika hendak mengajar sendiri.

6. Banyakkan mencari sumber rujukan dan kaedah pembelajaran untuk diteroka bersama anak.

7. Rancang kewangan untuk keperluan HS.

Walaupun tiada yuran persekolahan, tetapi perlu merancang kewangan untuk kelengkapan untuk menjalankan HS. Contohnya penyediaan laptop, printer, kertas, alat tulis, sumber/bahan rujukan, kelas tambahan jika perlu dan peruntukan untuk lawatan sambil belajar (terutama perjalanan jauh ke luar daerah atau luar negara).

8. Sediakan ruang belajar yang sesuai walaupun ibu bapa beri kebebasan anak-anak belajar di mana-mana sahaja sudut rumah seperti di meja makan, di sofa dan di atas katil. . Ruang ni memang penting sebab anak akan lebih fokus sepenuh jiwa kalau mereka berada di tempat yang disediakan dan sesuai mengikut aktiviti yang hendak dilakukan. Otak anak akan set ini tempat belajar dan bukan tempat tidur. Sebab anak akan mudah capai alat tulis dan beraktiviti. Kita pun akan terasa lebih terurus tambah pulak kalau kita buat susun atur perabot dan alat tulis di ruang ni.

Anak-anak Mama Q memang akan automatik pagi-pagi terus duduk kat ruang belajar/aktiviti, capai pensel dan kertas tanpa disuruh. Kami tak buat kat bilik khas pun tapi terus sediakan ruang khas kat ruang tamu tu untuk anak-anak beraktiviti. Mama Q sediakan kerusi dan meja yang bersesuaian, alat tulis dan kertas A4.

2013

2016. Mural kat dinding tu anak-anak yang buat pastu Maksu diorang touch up

2016

2018

Contoh Silibus dan Aktiviti Mama Q3 Homeschool.

Kami sebenarnya boleh dikatakan kerap menukar cara dan rentak pembelajaran kami. Pada awalnya masa tahun 2012, memang lebih kurang macam kat sekolah je silibus dan penyusunan jadual belajar tu walaupun Mama Q menekankan kepada perkembangan awal kanak-kanak seperti perkembangan motor halus dan motor kasar. Kononnya belajar sambil bermain. Padahalnya dah sama je jadual macam kat sekolah ada belajar akademik tu tapi buat cara santai. Siap ada target lagi anak mesti boleh membaca awal. Anak sulung umur 3 tahun lebih boleh membaca semua buku (BM & BI). Gembiralah konon sebab boleh membaca awal tapi emosi anak Mama Q tak perasan masa tu.


Akhirnya selepas melalui banyak kaedah, Mama Q memilih lebih kepada konsep fleksibel, merangsang kreativiti dan boleh Mama Q katakan ia adalah seperti "unschooling" atau memang banyak belajar tentang kemahiran hidup dan alam sekitar. Anak-anak belajar sangat santai dan semakin seronok meneroka ilmu kemahiran hidup terutamanya dan tak lagi target anak membaca seawal usia (maksudnya ekstrem dan kerisauan melampau anak umur 3 tahun tak kenal huruf langsung), tak ada lagi risau anak tak boleh mengusai mental aritmetik, power programming ke apa semua tu.

Camne boleh lulus membaca pulak sedangkan kata tak ajar membaca beria dah? Itulah dia bila anak kecil ni bermain lebih, mood anak akan happy lebih, bila anak happy anak belajar pun mudah masuk semulajadi perlahan-lahan tanpa kerisauan tentang persaingan dan latihan yang meletihkan dan membebankan anak kecil terutamanya umur 6 tahun ke bawah ni la.

 Tapi anak Mama Q yang umur nak masuk 9 tahun pun masih belajar santai-santai, banyak bermain dan tak ada tugasan yang buat dia stress. Alhamdulillah. Kata kuncinya Mama Q akan pastikan anak-anak belajar dalam keadaan mereka tak perasan mereka sedang belajar membaca, mengira dan menulis melalui bermain dan rutin harian yang lebih kepada kemahiran hidup.

Percaya atau tidak tugasan berikut masuk dalam silibus anak-anak dan sangat banyak MEMBANTU anak belajar lebih dari 3M (Membaca Mengira dan Menulis). Ini antara rutin harian anak-anak:
  1. Membasuh pakaian (guna mesin je) dan sidai kain
    Walaupun nampak mudah sebab guna mesin basuh, tapi anak-anak membiasakan diri membaca manual mode basuhan. Kadang-kadang ada jugak kena basuh kain tapi tak penuh dan kadang-kadang nak cepat kena pilih speed mode. Selesai membasuh nak kena sidai pulak kan? Ada 3 kemahiran anak-anak akan belajar masa nak sidai kain ni. Pertama kena terbalikkan pakaian dulu (supaya bila kering boleh terus gantung kat almari dan kami tak lipat baju), lepas tu masukkan pakaian pada hanger dan akhir sekali semasa menggantungkannya pada ampaian, otot leher, bahu, tangan dan kaki akan bekerja. Semua kemahiran ni berguna untuk anak-anak menulis.

  2. Bagi makan minum & bersihkan tempat poo n pee Makcik Chelsea si kucing
    Bila anak-anak dah dididik sayang dan bertanggungjawab menjaga haiwan peliharaan, akan ada balasan kasih sayang dari haiwan. Mama Q maksudkan Makcik Chelsea la. Setiap kali beraktiviti biasanya dia akan join sama terutama sesi membaca. Pernah dengar tak terapi  membaca bersama haiwan peliharaan?

    Makcik Chelsea pun join sama layan Gogo Adventure sambil belajar

  3. Jerang nasi
    Belajar menyukat dan apabila sudah mahir menyukat akan tahu menganggar. Ini contoh macam jerang nasi la. Mula-mula sukat guna nombor, lepas tu guna jari lepas dan mahir bila tengok je beras tu dah boleh agak air banyak mana.
  4. Menyediakan bahan dan memasak (makan tengahari).
    Setiap minggu Mama Q akan beri anak-anak untuk google resipi baru untuk dicuba. Ini pastinya lebih dari belajar membaca mengikut buku, kerana ia lahir dari perasaan ingin tahu sendiri .

    Kakak dah selalu masak sekarang ni. Bayangkan dia punya suka masak sampai tahap suka nak kukus pulut kuning. Kalau Mama suka tanak macam nasi tu je cuma nampak lembik la tak cantik jadinya.

    Oh ya Mama Q dah biasakan anak-anak dengan pemetik api kat dapur sejak umur 6 tahun tapi hanya kakak sorang je yang berani dan yakin. Masa awal-awal tu memang pantau sepenuhnya.

    Bila masuk penyediaan bahan ni biasalah anak-anak belajar menggunakan guna pisau, mesin pengisar dan penyagat. Bayangkan buat setiap hari kecuali ada mood mama nak masak sorang-sorang atau nak cepat ada urusan je baru anak-anak tak masuk dapur.
  5. Mengemas
    Membiasakan diri anak-anak dengan persekitaran bersih dan kemas. Walaupun semasa beraktiviti atau bermain, rumah huru hara tak apa, biarkan je dulu tapi anak kena tahu dan faham istilah lepas main kemas semula. Ini bukan untuk bagi anak stress tapi untuk tahu apa itu peraturan dan susun atur. Tapi Mama Q sebelum nak laksanakan rutin harian ni, Mama Q buat kajian dulu tahap penerimaan anak-anak. Perlahan-lahan bagi tugasan tu dengan cara bermain dulu asalnya. Siap menyanyi lagi lagu "Clean up  clean up everybody  let's clean up. Clean up, clean up put your things away" Lama-lama dah jadi biasa walaupun ada hari malas sesekali.
  6. Menyapu
    Biasa yang kita nampak latihan motor kanak-kanak ni hanya melalui aktiviti permainan yang kita buat sendiri atau permainan yang kita beli kat kedai. Mama Q memang suka DIY permainan yang merangsang perkembangan motor ni sejak Qayra baby lagi. Tapi dalam usia anak-anak 6-9 tahun, masa ni dah boleh nampak hasil dari permainan latihan motor halus motor kasar yang selalu Mama Q buat sebelum ni. Contoh cara menggerakkan penyapu tu la. Masa mula-mula tu main hayun je dan cara pegang penyapu pun puas dah ajar sama macam cara kita nak ajar pegang pensel dulu.
  7. Melukis
    Eh yang ni lain pulak! Ini anak-anak yang masukkan dalam tugasan harian tanpa paksaan. Anak-anak Mama Q semua suka melukis. Sebab tu tahun ni hantar kelas art. Cuma Qisya (anak no 2) je tak nak masuk kelas tu. Dia belum sedia. Tak apa nanti kakak ngan adik turunkan ilmu kat Qisya dengan Mama ye yuhuu. Tengok doodle kat bawah ni dari Kakak n Qisya, memang tak ada siapa ajar. Capai marker terus melakar..zass! siap. Ingat tak logo yang Kakak design macam kat belakang buku Seronok Belajar di Rumah? Masa tu baru 7 tahun. Memang takde la cantik mana cuma dia dah ada kebolehan nak lukis macam  tu.



Jangan kata mak dera anak pulak, semua ni bila dah buat dari awal bila dah dewasa anak-anak akan jadi semakin pandai berdikari.

Sebenarnya, memupuk dan membuat latihan kemahiran hidup dan nilai-nilai murni perlu diutamakan sebelum memulakan 3M.

Pagi
Biasanya selepas selesai rutin pagi, akan mengaji kejap dan belajar satu subjek dan anak-anak aktiviti bebas. Biasanya bermain atau duduk kat meja masing-masing dan ada je kraf yang terhasil untuk bawak main. Semua idea anak-anak sendiri. Sambil tu mamanya semak emel ke layan media sosial ke dan sampailah tengahari.

Petang 
Aktiviti santai je. Biasanya kalau tak buat eksperimen atau kraf, kami akan layan tutorial atau dokumentari kat you tube (ini biasanya anak-anak tak pernah tak suka).

Malam
Antara waktu maghrib-Isyak tu tak payah cakap la..itu memang masa untuk mengaji dan ibadah. kami gunakan tafsir al-Quran sebagai silibus tapi selang-selang la. Lepas Isyak belajar satu subjek lagi. Sebelum tidur wajib sesi bercerita..kadang-kadang dengan buku kadang-kadang tanpa buku.

Hujung Minggu
Masa sesi santai petang atau sesi belajar satu subjek tu la Mama Q akan selitkan belajar sambil bermain tu. Kalau macam Kakak, Mama Q suka bagi tugasan untuk dia cari dan siapkan dalam masa tertentu. Kalau tak cukup google, setiap minggu akan p kedai buku kegemaran yang merangkap library kita orang dah sekarang.
Mama Q cerita ni secara umum tau sebab anak-anak tak sama umur lain caranya terutama si Qayra yang baru nak masuk 6 tahun. Pembelajaran Qayra lebih banyak bermain. Jadi setiap minggu jugak akan buat aktiviti jalan-jalan sambil belajar. Biasanya suka bawak p playground yang banyak guna skill memanjat. Contohnya gelongsor yang tak menggunakan tangga biasa. Kira mencabar sikit la

Percayalah bila dah yakin menjalankan homeschool ni, semakin lama pasti seluruh ahli keluarga menjadi semakin kreatif dan setiap tahun semakin banyak penambahbaikan.

Inovatif: Seni dari bahan terbuat untuk dikitar semula

Membina keyakinan diri dengan cara mengajar di depan, kakak-kakak buat-buat baru tau

Pejabat mudah alih idea anak-anak kecuali Qayra punya Mama Q yang buat

Seni dari bahan yang dikutip masa jungle trekking 

Ini Mama Q akan sambung pada entri yang lainlah ye. Panjang berjela dah menaip ni nanti korang menguap baca.

 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design