Monday 7 November 2016

Homeschooling::Design T-Shirt Sendiri

Assalamualaikum...

Hari ni MQ nak kongsi projek dengan anak-anak minggu lepas iaitu mencetak T-shirt sendiri.



Kalau tahun lepas kami gunakan krayon dan kertas pasir untuk cetak t-shirt sempena bulan Ramadan, tapi tahun ini kami gunakan transfer paper pula.


Kalau ada yang tak tahu macam mana rupa transfer paper tu ini gambarnya



Kalau ikutkan mudah sahaja cara menggunakan transfer paper ni.. tapi MQ buat kelainan sikit supaya anak-anak dapat merasai pengalaman hasil kerja tangan mereka sendiri.



Apa kelainannya tu? 

Ehem t-shirt ni akan ada 2 gambar depan dan belakang, dimana satu gambar dari carian google dan satu lagi gambar yang dilukis sendiri.



Mereka akan melalukan aktiviti: 

1. Memilih gambar kartun yang mereka suka. Sebenarnya mungkin sebab gambar yang mereka pilih tu sangat comel dan bukan sebab pernah tengok ceritanya. 
2. Melukis gambar kesukaan mereka pada kertas A4 menggunakan pen marker.
3. Proses mengimbas (scan) gambar yang dilukis.
4. Edit gambar dan masukkan teks, 
5. Mencetak (print) pada transfer paper
6. Menggunakan iron untuk proses pemindahan gambar pada t-shirt
7. Akhir sekali proses membuka sticker dan mewarnakan gambar pada t-shirt.

Sebenarnya dari aktiviti-aktiviti diatas, mereka telah belajar banyak perkara dan banyak manfaat kepada anak-anak. Antaranya 

1. Belajar/memahirkan menggunakan perisian (software) dan term IT. MQ ikut level anak-anak untuk terangkan term-term IT ni.  Contohnya semasa anak sedang mencari gambar menggunakan google, dia tahu bahawa google itu adalah enjin carian (search engine). Macam Kakak, dia dah biasa dengar search engine, maksudnya dia faham bukan hanya boleh gunakan google untuk nak cari maklumat. 

2. Belajar/memahirkan menggunakan perkakasan (hardware) IT. Tak ada yang mustahil lagi anak-anak seawal 4 tahun dah tahu nak gunakan printer dan scanner.

3. Menambah pengetahuan tentang tentang produk (transfer paper): MQ bagi penerangan perbezaan kertas ni dengan kertas biasa dan beritahu kegunaannya.

4. Melatih kemahiran motor halus, meningkatkan daya tumpuan, koordinasi mata dan tangan



Bahan dan kos untuk projek ni:

1. T-Shirt putih RM5 sehelai. Ini kualiti yang biasa, kalau nak kain yang kualiti sedap pakai harga yang pernah MQ jumpa masih bawah RM10. Belum jumpa yang betul-betul sedap pakai lagi.

2. Pada mulanya nak gunakan Fabric Marker, tapi rupanya tak serap bila dah guna transfer paper ni. Jadi kami gunakan permanant marker yang murah ni je RM2.



Transfer Paper RM35 (10 keping) boleh beli kat kedai komputer. Boleh juga beli sekeping dalam RM5. Kalau perasan, kat bawah ni ada mention "Light T-Shirt" maksudnya kalau untuk T-Shirt gelap kertasnya lain dan cara guna pun tak sama tau.


4. Printer 3 in 1 (ini kalau nak guna scanner la). 

5. Iron

Tips semasa memindahkan gambar:

1. Jangan lupa untuk membuat mirror effect pada tulisan dan gambar ya. Kalau tidak nanti bila dah iron gambar dan tulisan pada t-shirt akan terbalik. 
2. Semasa menggunakan iron mulakan dengan sudu yang rendah dahulu dan tambah suhu jika kertas tak melekat. MQ gunakan suhu nyang paling tinggi baru kertas tu melekat pada baju. Sebab lain iron lain kesannya kan.

Kalau nak tau betul-betul cara nak guna transfer paper boleh cuba klik video ni 

Kemaskini 28 Nov 2016: Lepas dah 2 kali pakai dan basuh, kesan printing gambar memang tak hilang dah pudar langsung! Permanent marker tu pun warna masih kekal. MQ tak gunakan  fabric marker sebab ye la kan  fabric marker yang MQ beli tu nak serap sampai dalam kain sebab bila kita guna transfer paper, dia akan jadi macam plastic (kalis air) kat t-shirt tu. Cadangan MQ terus warnakan guna komputer dan print atau kalau nak bagi anak-anak mewarnakan sendiri t-shirt tu jugak, guna permanent marker yang high quality atau cari fabric marker yang jenis boleh tembus transfer paper ye.

 Lagi satu yang tak best kualiti transfer paper sangat tak sesuai untuk baju atau segala jenis kain yang perlu di basuh sebab dia akan jadi kedut. Sebab tu pemilihan kualiti transfer paper mesti di utamakan. Tapi kalau untuk nak print kat beg yang jenis ni pun dah memadai. 


 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design